Brotherhood Till I Die

Brotherhood Till I Die

Followers

Monday, February 9, 2015

Break the Date


ASSALAMMUALAIKUM


Bismillah. Syukur Alhamdulillah aku masih lagi bernafas, jantung aku masih berdenyut normal, dan kadang2 kita mula sedar diri kita sudah makin hampir ke tarikh luput. Rahsianya entah bila. Tahun 2015 aku berusia 24 tahun. Ya, cepat masa berlalu, berlikunya perjalanan, berombaknya gelora perasaan yg tak mampu dikawal kadang kala. Tapi akhirnya, aku redha. Syukur. 


Pembukaan tahun 2015, setelah 2 tahun akhir hubungan kami, dia muncul kembali. 2 tahun berlalu. Aku tak pnh tipu diri aku, ya aku masih cintakan dia dan masih setia. Aku punya sebab utk setia pada dia. Setahun sblm aku pnh give up utk terus setia, aku cuba utk mulakan hidup baru dan hubungan baru bersama pasangan baru tapi hampa. Mmg benar, hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa. 3 bulan percubaan, perkataan sayang mula ditutur bibir kami yg baru terjatuh dalam bibik luahan perasaan dan hati tapi akhirnya aku sedar aku sedang tipu diri aku sndri. Peritnya lebih pedih dari yg pertama dan aku give up utk teruskan hubungan baru. Dan kembali setia pada yg sebelumnya. 


"Rieyna" nama panggilan si dia. Dialah gadis kenyalang yg aku cinta selepas cinta pertama. 2008, waktu mula luahan utk bersama. 2009 tergantung tanpa kata, dia hilang pada ketika kami terpisah oleh lautan. Cinta aku tergantung di tanah kenyalang dan aku berkelana di tanah Malaya. 2010 mula bertemu dalam talian, cinta aku masih setia dan kembali mekar. Indah mentari, tenang bulan malam tidak selamanya berputik. Dia masih muda utk faham persekitaran, terlalu mentah dlm memahami, dan aku terlalu ego utk mengaku. Terlalu byk perkara aku berdiam dan biarkan ianya berlalu. Tidak pernah kenal erti menolak daripada menerima walaupun ianya memakan diri sendri. Dan aku masih terus berdiam. Sifat aku begini. 

Sibuk aku dlm pelajaran disalah erti, namun syukur setia aku dia tak pernah diragui. Sedaya upaya aku mencuri masa utk diluangkan bersama dia walaupun sekadar dlm talian. Jujur, kami x pernah keluar bersama tapi hati dan perasaan aku tetap setia bersama dia. 3 tahun diploma di bumi Perak, kerap kali teman sekuliah bertanyakan aku tentang pasangan, aku lebih byk tersenyum dan berdiam. Mereka mengerti. Rindu aku terubat 2sekadar melihat foto wajah yg dikirimkan. Kami sering bertukar foto. Aku mampu berdoa dia selamat disana dan dilindungi. Aku masih bersyukur. 

2012. Kami masih bersama. Aku mula kerja pertama selepas bergelar graduan. Perjalanan kami byk dugaan dan bagi aku terlalu byk permintaan dari dia. Hingga satu tahap aku sendiri keliru dgn diri sendiri dan terlalu mengikut kehendak dia. Aku cuma mahukan dia happy dan senang bersama aku, tapi aku salah. Hinggalah pada satu hari, segalanya berakhir. Aku kaku, terdiam, dan aku cuma mampu melihat dia berlalu pergi tanpa aku menahan dia. Sehari sebelum ulang tahun kelahiranku, kami bersama meluangkan masa bersama, dan pada saat aku menghantar dia pulang, dia keluar dari kenderaan utk selamanya. Sumpah, aku sedih. Hanya Tuhan yg tahu tapi aku lemah. Aku biarkan semuanya berlalu dan aku cuma berdiam saja. Aku belum pernah punya pengalaman begini, dan ya aku buntu. Namun terlambat, semuanya berakhir. 

2012. Perjanjian 4 tahun. Selang beberapa purnama, kami kembali berhubung setelah 3 bulan sepi, tapi hubungan kami sudah berakhir. Kami mula luahkan dari hati ke hati. Kami berpisah atas dasar salah faham dan mmg salah aku yg selalu berdiam diri. Dia mula memberi aku peluang ke2. Maka termeterailah perjanjian 4 tahun. Dalam jangka masa tersebut, masing2 akan memperbaiki diri masing2 dan syaratnya telah ditetapkan. Walaupun agak berat sebelah, tapi aku masih bersyukur kerana aku masih punya harapan. Aku turuti dan akan setia. Itu yg aku janji, cuma satu. 

2015. Pembukaan tahun baru menjelma, aku dikejutkan dari teman si dia. Dia mencari aku dan meminta no phone aku. Kemudian kami mula berbual ditalian setelah 2 tahun berlalu. Itulah kali pertama dan terakhir sebenarnya. Pada mulanya kami rancak berbual, dari kisah kehidupan skrg, pengalaman baru, luahan perasaan hati ke hati dan akhir bualan, dia menyatakan bahawa perjanjian 4 tahun tersebut tidak lagi valid. She end up the date. Rindu aku belum puas terubat dgr suaranya, kemudian dia akhirkan semua harapan yg pnh dia berikan pada aku. Aku diam dan aku cuma mampu turuti. Tipulah aku tak sedih, 2 tahun aku setia, berharap dan menunggu tapi sebenarnya sia2. Aku redha dan tenang. Cuma aku berharap kali ini, biarlah aku yg pergi kerana aku akan janji yg aku pergi tak akan kembali. Aku tidak tinggalkan apa2 janji pada dia dan biarlah kita dihaluan masing2. Ya, aku sedih tanpa air mata. 


Rieyna. Dia seorang yg lucu, lemah lembut pertuturannya, berjiwa sensitif, mudah benar terguris, petahnya dia berkata2 kadang kala aku mati kata2, tidak pernah gagal buat aku tersenyum dgn telatahnya, dan dari perwatakannya aku mula jatuh cinta. Namun, dia mentah dlm memahami keadaan, punya ego yg dia tak pnh mengaku, dan aku masih cintakan dia. Aku sedar dan berfikir, cinta kami melengkapi kekurangan masing2. Tapi aku lupa bahawa jodoh itu rahsia. Aku lupa. 

Sekarang. Bukan niat aku menjaja kisah kita, tapi aku tidak punya ruang dan tempat utk aku benar2 luahkan. Pada yg Esa terlalu kerap hingga aku malu, seolah2 aku menidakkan takdirNya. Coretan aku utk kisah kita ini adalah yg terakhir aku bualkan, esok, lusa dan akan datang tidak akan ada lagi nama dia. Aku cuba. Jangan risau.


Semoga dikau selamat disana, berbahagialah dikau bersama insan yg benar2 kau idamkan dan mampu. Aku doakan. Terima kasih utk cinta yg pernah hadir. Ini terakhir dan benar2 akhir. Usah khuatir dan peduli, aku baik2. Senyum aku masih terukir walau kau sudah tiada, hati aku masih tenang walau bukan kau yg aku akan rindu, tawa aku akan terngiang2 walau bukan kau lagi yang mengusik, dan semuanya benar. 



SELAMAT TINGGAL, GADIS KENYALANG.

No comments: