Brotherhood Till I Die

Brotherhood Till I Die

Followers

Saturday, April 20, 2013

Sahabat yang telah PULANG

BISMILLAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

Rabu, 17/4/2013

Gua perati je jam dah pkul 11.30 pagi, kerja gua suma dah settle dan tiba masa untuk gua berehat walaupun sepatutnya waktu lunch kat site gua pkul 12 tghari. Macam biasa, gua yang acah2 lagak boss kat site ni, sukahati gua nk rehat pkul berapa sbb yang gua tau kerja gua semua dah settle. Jadi apa lagi tunggu, ayuh movie time. kah3 

Si man ni dari tadi asyik dok depan P.C opis ni, dengan kuasa vito yg gua ada, gua halau si man ni ketepi ckit. Tiba masa untuk gua konker P.C ni. Gua nk layan cite Rock ooo rimba bara kembali. Seperti biasa, layan kat Youtube jela. haha Kebetulan pulak sub gua si Ali ni ada kt opis ni, mmg x jadi la semua keje. Ali a.k.a Fadhli ni sub-contarctor kt site gua ni. Ali amik sub buat longkang dan keje2 kecik jer dan dia ni anak buah Projek Manager aku. ahh! demmit. Kroni oh kroni. Bangsat apa? Ali ni umur atas aku 2 tahun je dan budak merlimau, melaka. Macam hawau. kah3

Sejak 2 3 menjak ni gua rasa kuat sangat nak balik perak, kampung gua. Sejak arwah atok gua meninggal, jarang betei gua balik kamunting jengguk2 opah gua. Gua dh rancang awal bulan 5 ni nk balik kampung. Dah lama betei gua x g mkn cendol kt tepeng tuh. Kedai kat pokok besar tuh. Ngidam pulak gua rasa ngn mee mamak, popia basah bawah fajar lama tu. peerrgghh.. dan salah satu sebab gua nk layan cite Rock ooo sbb cite ni kt tepeng. tempat gua dilahirkan. Selamanya gua anak Perak, Don't Mess with The Yobs la bai. keh3

kring kring kring...

gua perati bb gua ni xda pulak call masuk. sapa punya fon la ni yg bingit2 time gua tgh layan movie ni? kalo dalam panggung ni mmg bole bawak bergaduh, serius! 

"ziq, tab kau ni ada org call. angkat la" si man tiba sound gua. siak betei gua terlupa tu bunyi dari tab gua. 

gua perati tab gua tu si ady call gua. Aik, pahal tiba2 call no digi gua? selalu call celcom gua. Gua pakai no digi kt tab sebab plan internet digi murah gampang. Tapi, pasai pa call? selalu da pa2 roger2 kt bbm jer. Cilakak betei gua dh rasa lain mcm lak feeling ni. 

"halo, assalammualaikum di, haa, asal? 
"ziq, Syuk town planning dh meninggal." salam gua x berjawab terus dia straight to the point.
"innalillah...... bile? " gua terus terbayang wajah arwah. Walau x banyak kenangan dan x rapat sgt dgn arwah tapi arwah dan kami pernah lepak bersama lebih2 lagi semasa gua praktikal kat Ipoh dulu. 

...................................................................................................................................

"wei Di, arini cite K.L gangster dh kuar. Ate moh la kite." bosan doh x da apa nk buat ni. Asyik melepak kat dataran ipoh jer. 
"ok gak tu. ajak azam ngn syuk ah. jap aku call azam" ady belek-belek contact fon terus call azam. 

Gua dengan bingkas terus gi bersiap2. Gua tengok thriller K.L gangster ni mcm gempak je. Tak sabar pulak gua rasa ni. Lagipun ni 1st time gua lepak ngn azam ngn syuk. Azam dan Syuk ex-housemate ady member baik gua. Dulu gua selalu lepak kt umh dak2 ni. Ada sorang lagi member gua si Hariz ni dak housemate dorang gak. Dalam umh tu gua rapat ngn ady dan hariz tp ngn dak lain2 ni kenal la. Bertegur, sembang2 gak bila terjumpa kt fak di UiTM Seri Iskandar, Perak. Kitaorg ni student UiTM Perak. Azam, Syuk dan Hariz ni amik kursus Dip TownPlanning, gua ngn ady amik kursus Dip Bangunan. Gua kebetulan pulak praktikal kt Ipoh tapi company lain2, sma ngn ady ni. Mmg dok serumah la jawabnyer. Azam ngn Syuk dok umah lain. Hariz praktikal kat tempat lain. 

Gua paling awal bersiap tapi gua bole bersiap lagi awal dari arini kalo gua malas nk mandi malam sbb ptg gua dh mandi. haha Lagipun gua selalu mandi tengah malam. Menunggu si ady ni bersiap mmg selalu bole bergaduh siak. Lembap betei dak ni bersiap. ceehh! Gua nk kuar ni seperti biasa la mesti kasi laporan kt awek gua. Malas betei gua nk menaip2 text ngn awek gua ni. Alasan yang femes, ''Sayang, sy dh ngantok ni. Letih kemas umh siang td. Sy tido dulu ye. syg jgn tido lambat okay. Cuci kaki sebelum tido. Love u and sweetdream ;) '' SENT. Gua tipu sunat jer. kalo gua bgtau nk kuar melepak, pergghh x larat gua jawab tiap2 soalan minah ni. Keluar ngn siapa? g mana? naik apa? ada ppuan lain x? dah mkn? bla bla blaa...
 treet trett.. ada pesanan ringkas masuk ni, OPEN TEXT, "okay syg, sy jap lg tido. nk membaca jap :). mimpikan sy tau syg. Love u more" gua kdang2 dpt text mcm ni rsa nk tergelak pun ada. "mimpikan sy tau" pppfffft gua tido mati! kah3 

"ziq, jom gerak" aik, cepat pulak dia ni bersiap. Jap2, wangi betei mamat ni. kah3
"jom!" 

Gua capai helmet ms bertinted gelap gua ni, kunci moto sepai gua. Ni lah sepai gua, moto lejen bai. Padahal gua baru beli masa awl praktikal ritu. Ady gerak pkai moto wave 125 dia. Gua ada lesen L jer. Mak gua dulu x kasi gua naik moto. Malu pulak gua rasa tampal L kt sepai ni. 

********

"Assalammualaikum, Azam... Syukk.. Assalammualaikum.." ady ni dh mcm nk ajak gaduh pun ada bagi salam. 
"Waalaikumsalam. weii, masuk laa." Azam terjegat depan pintu umah mempelawa gua ngn ady masuk.
"Ate moh ler, K.L gangster jom. haha" gua dh x sabar ni. 
"jom, gerak naik kereta aku laa" Syuk mempelawa. 
"untung laa ada kereta" gua membahan syukk. hahah masing2 ketawa mengekek. 

Pilihan menonton wayang paling dekat 1 je, kt Ipoh Parade. Ramai pulak manusia2 kt mall ni. serabot pulak gua nengok natang nih. Azam terus g beli tiket pas minta duit tong2 masing2. Seat yg azam ni pilih mmg baik gak. Dok belakang 1 baris sebelum couple seat. Sebelum tu masing2 beli popcorn ngn air. Bila melangkah masuk jer, perrgghh, ramainya manusia2 yang acah2 gangster. Suma abg2 long bai. kah3. Gua rasa masa iklan sebelum cite ni mula, popcorn gua dh abis nih. Gua lapar ni. 

Gua tengok cite K.L gangster ni kelakar je memanjang. Si jai ni asyik dok kepit rokok kt bibir, x bakar pun. Si ajib dgn gaya dia, si zizan ngn acah2 abg long dil yg banggang, malik yg bajet2 taiko besar. haha Tapi gua kagum ngn cite ni sbb xda unsur percintaan. kalo x, geli siak gua nk layan cite ni sbb hang out tgk wayang ngn membe2 laki. 

"Oi, cilaka apa cite wayang ni sekat-sekat?" gua rsa meradang pulak tetiba tengah layan baekk cite ni sekat-sekat.
"wei, kami bayar tiket" , "ooooooiiiiiii....." , "kami nk duit kami balik...'' tetiba bingit satu panggung dek xpuas hati ngn services panggung wayang ni. Gua ngn dak2 ni dh terbahak2 mengekek. Macam gampang betei! 
Kelam kabut la technician tu gi betulkan keadaan. hahaha tapi tak abis ngn cite sangkut2, dalam panggung ni tetiba terang benderang pulak. Siak betei panggung ni, Ada jer bnda yg x kena. Technician ni pun banggang gak, dah kuar masuk dlm panggung xreti nk katup pintu tu. Suasana panggung ni kembali binggit. kah3. Barai betei gua rasa ni. Baaraaaaiiiiiii..........

"Bole tahan la cite ni. Eh, sial la jaii..." ady bersuara pas keluar dari panggung yg banggang ni. kah3
"Ate, mana pas ni? Jom g mkn dulu." azam pulak bersuara bg rancangan.
"Jom ah, aku dh kebulor sangat2 nih" gua dr td menahan lapar ni. Dari td krook krook bunyi perut gua.
"Jomm..." Syuk mengikut rancangan azam. Dari apa yang aku tengok si syuk ni, dia ni kurang bercakap. Tapi bila lepak kalo berborak, layan gak la. Tapi bg aku, dia ni pendiam skit. Cakap bila perlu. Tak mcm gua yang huru hara ckit. ceehh, chhoooiii! haha

Syuk ngn Azam ni nk rekomen kt gua ngn ady tempat yg selalu dorang lepak. Gerai makan kt area KTM Ipoh, dekat sblh jejantas pejalan kaki. 
"kak, order.. order." tahap kebulor gua dh memuncak bila gua tgk ada ayam goreng tergantung kt kdai mkn ni. Terliur pulak gua.
"minum apa? akak ni datang amik order
"teh o ais"
"teh tarik"
"kopi ais"
"teh o limau suam"
"makan?" akak ni bertanya lagi. Nak amik order.
"makan apa yg ada? yg sedap apa?" gua tanya sebab akak ni x bg menu pun. Mai datang amik order. Dah la ni 1st time gua datang. Syuk ngn Azam mungkin la dh tau menu kdai ni. 
"goreng2 ada, nasi ayam, sup2 ada, macam2 ada" aik, akak ni dh mcm astro pun ada gua nengok. 
"kasi nasi goreng ayam jela kak" gua org pertama yg order. Kalo 1st order, gua dapat makan dulu. ceehh! hahaha
"Nasi goreng pattaya satu"
"Kuey Tiau goreng satu kak"
"sama lah, nasi goreng ayam" ady, syuk dan azam order.

Gua perati jam dh pkul 3 pgi ni. Dari pas abis tengok wayang midnight td, sampai skrg dok melepak lagi ni. Mcm2 bnda diborak, pasal pengalaman masa praktikal sampai dh xsedar dh pkul 3 setengah pagi. Gua bukan apa, jap lg nk balik umh gua naik moto. Sejuk bai.Terlupa pulak gua nk bawa sweater td. Cuak gak nk balik umh sebab kawasan umh gua tu kawasan mat rempit melepak, merempit, dah mcm ada pasar malam. 
"kak, kira kak. " ady panggil akak kedai ni kira.
"nak kira sekali atau asing?" akak ni tnya dulu sebelum dia tekan kalkulator dia.
"Asing2" serentak kitaorg jawab. Maklumlah, masing2 praktikal je. Masih pkai student kad lagi. hahaha akak ni pun tersenyum jer.
"kak, ni tutup pkul brapa? gua sangsi sebab dah pkul 3 kedai ni x tutup lagi. Nak kata 24 jam, gua x nmpk pun signboard 24 jam.
"nak tutup la ni, tnggu korang suma balik" akak tu ckp seoalah2 mcm perli kitaorg. Masing2 dah tersengeh2 tgk akak ni.

Syuk terus memacu kereta Proton Saga kaler biru gelap selepas kami masuk dalam perut kereta ni. Terus balik, gua tengok masing2 dah senyap. Keletihan dan mengantok mungkin. Tambah pulak dengan air-cond kereta syuk ni, radio yg sayup2 mendendangkan lagu rentak balada. Gua rasa seperti dibuai tapi gua okay, gua segar lagi. kah3.

"Thanks syuk, azam. Nanti lepak2 lagi. Kalo ko x balik kampung weekend, roger2 laa.. aku ngn haziq ada jer kt sni." ady mula mengatur ayat untuk meminta diri.
"okay la, aku gerak dulu. Pa2 hal roger2 jer." Gua dh ngantok sebenarnya ni. Gua ulang ayat ady je.
"Okay2, wei, hati2 bawa moto tu." Azam bersuara lemau.
"Assalammualaikum.. gerak dulu" gua ngn ady serentak memberi salam meminta diri.
Vroomm, vrooomm.. moto gua ngn ady bergerak meninggalkan rumah sewa Azam ngn Syuk.

...................................................................................................................................

Kenangan lama tetiba bermain2 dalam kotak fikiran gua. Gua tau, dia kawan yang gua kenal dan pernah lepak. Rasa kehilangan itu gua rasa samar2 tapi penuh dengan rasa terkilan. Beberapa hari lalu, gua terbaca dalam FB gua yg arwah masuk wad hospital sebab syak demam denggi. Xsilap gua seminggu gak awah kat wad. Gua nk g melawat tp gua keje jauh dr hospital dia. Gua tau arwah keje kat K.L dan selalu lepak ngn Hariz dan Azam kat s.alam. Gua baru cadang nk g melawat dia hujung bulan ni, tapi arwah dh discharge awal. Mungkin ajak dak2 hariz, azam dan ady lepak2 ngn arwah. Tapi, sekarang gua rasa terkilan sebab x sempat jumpa arwah. Gua dh pasang niat pun. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.

"dia meninggal kt mna? gua minta kepastian kt ady.
"jenazah dh bawa balik kg. gajah. kat Perak. Pagi td kot. Jom g ziq. Aku xda transport nk g sana." 
"dak2 hariz ngn azam? dh gerak?" gua teringat kat hariz ngn azam sbb dorang sekelas masa diploma dulu ngn arwah.
"dorang dh gerak td. Hariz call kau pg td, tp kau x angkat. nak g x ziq? kalo x, aku gerak sorang pinjam kreta zarip" 
"time tu aku tgh mandi kot. kalo gerak skrg sempat x ni? tanam pkul brpa? 
"sempat kot. mungkin tanam pas asar. skrg pkul 12 suku. kau nk gerak amik aku dulu kat s.alam."
"jap, nnt aku roger2 kau balik"

Bingkas gua berlari naik atas bilik gua, capai 2 helai baju, selai seluar masukkan dalam beg galas gua. Barang2 keperluan lain, travel kit gua, senaskah buku bacaan yaasin dan tahlil dan songkok. Tak sampai 5 minit, gua terus hidupkan enjin kereta cooper gua ni, masukkan barang2 dalam kereta.

"man, aku balik dulu. aku nk gerak Perak. Ada hal. Tolong coverkan aku. Kalo sapa2 call, pandai2 la ko cover" 
"okay2 ziq, hati2 drive. kau da hal apa smpai tergesa2 nk balik Perak ni? man bertanya pas tengok kelibat gua yg kelam kabut.

Gua endah tak endah ngn soalan man, gua pakai kasut dan berdiri depan pintu tengok2 kalo ada barang2 penting yang tertinggal. Lalu gua pandang kat man tanpa pedulikan dgn si Ali yang leka tengok cite Rock ooo, "kawan aku..., kat perak..., dah meninggal..." tetiba lak gua rasa sayu nk jawab soalan man td. Tanpa buang masa, gua terus memacu kereta gua ke highway. 

"PING!!!" gua bbm ady.
"chor, aku otw ni"
"okay, agak2 pkul brapa sampai?
"Pkul 2 lebih kot"
"okay matt, aty2"


********

"chor, aku mcm xpercaya" baru sebelah kaki ady masuk dalam kereta, gua terus bersuara.
"aku pun x sangka, pkul 11 hariz call aku bgtau syuk dan meninggal" ady pun seperti aku seolah2 belum dapat kepastian.

Sepanjang perjalanan gua ngn ady, byk bnda dibualkan. Dari politik, sukan bola sepak, perancangan masa depan, bisness, kenalan2 lama, kisah2 lama, kisah peribadi masing dan byk lagi. Sampai je di langkap, Perak, mata gua terpandang tepat signboard kg. Gajah. Gua rasa semakin dekat perjalanan kami tetapi jam telah menunjukkan pukul 6 lebih. Ady cuba call hariz tapi gagal. Call azam begitu juga. gagal dihubungi.
Tiba2, hariz call ady dan bgtau upacara pengebumian arwah sudah selesai. Alhamdulillah. Tetapi gua terkilan sebab tidak sempat. Ady bertanyakan lokasi tanah kubur tempat arwah disemadikan.

Jam dah pukul 6.30 ptg dan gua ngn ady berada betul2 depan pusara arwah. Tanah yg masih lembap dan basah dipenuhi dengan potongan helaian daun pandan. Sah, inilah kubur arwah. Gua ngn ady terus membaca ayat suci al-quran, Yaasin unuk kali terakhir sampaikan kepada arwah. Gua tetiba sebak pulak baca surah yaasin ni, byk bnda yg bermain2 di fikiran gua. Kehidupan di akhirat sana. Hari semakin gelap. Semakin kepenghujung surah ini dibaca, nafas gua jadi semakin sesak dan sebak. sekejap2 gua cangkung, sekejap2 gua berdiri semasa membaca yaasin ni. Gua cuba untuk tenang dan bernafas. Suara bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mula berkumandang dicorong2 pembesar suara di surau2 berhampiran dan suasana kian gelap. Tiada lagi kelibat bentuk matahari pada langit, cuma samar2 bayangan cahaya matahari dibalik gelap malam. Selesai sudah tahlil ringkas, gua terlupa utk bawa air utk disiramkan di atas pusara arwah. Keliling kubur gua ngn ady mencari pili air, tapi hampa tidak jumpa. Azan Maghrib akan berkumandang dalam masa beberapa minit lagi.

"Assalammualaikum Syuk, kami balik dulu yeaa..."
 ketika ini hati gua benar2 sayu untuk melangkah pergi seoalah2 rasa janggal menutur kata meminta diri hanya pada pusara bukan pada jasad yg bernyawa sepertimana pernah aku lihat dulu. Dalam hati gua berkata, 'semoga kau tenang disana dan bersama mereka yang beriman, aku doakan....' lalu gua dan ady berjalan pergi ke kereta dan sekali menoleh ke pusara untuk kali terakhir. Gua dan ady masing2 diam tak berkata dalam kereta sehingga sampai ke Masjid untuk solat Maghrib...

Al-Fatihah...
Dalam kenangan, Syukri Hatim.


.............................................................BERSAMBUNG...........................................................





No comments: