Brotherhood Till I Die

Brotherhood Till I Die

Followers

Saturday, June 6, 2015

Please stop.

Assalammualaikum


Aku sedar perasaan aku mula pudar untuk mulakan perhubungan baru. Ya, kau dan aku beza jantina, punya nafsu, keinginan, takdir, jodoh dan pasangan. Aku dah mula move on dari cinta pertama dan cinta yg baru yg aku ingin utk terakhir. Tuhan mula tunjuk yg dia bukan aku punya. Aku redha. Tapi masih lagi pathetic dan loser pada mula susah utk terima kenyataan. Tapi itu dulu. Hari makin hari, tahun sudah berlalu 3 raya, perasaan mula hakis utk tidak mulakan hubungan baru. Aku janggal dan sifat aku bukan utk menawan tp cuma melawan. 

Hari berlalu aku mula bosan utk menghadap manusia sekeliling yg masing2 berpasangan. Tahun ni sebelum raya merupakan semester terakhir aku bersama sahabat2 aku, tinggal aku sorang dalam kalangan mereka yg masih menuntut tahun ke2 degree. Setiap kali bertemu, melepak soalan yg kerap ditanya mana gadis pasangan aku? Aku mmg misteri, sepanjang persahabatan aku mereka x pernah kenal atau jumpa aku keluar atau kenalkan mana2 perempuan. Mungkin pada masa dulu aku setia sangat pada hubungan jarak jauh. Jika ini kesudahan, ada baik aku curang tapi itu bukan aku. Janggal utk memulakan tutur kata mula pada perempuan. Itu aku.


Hampir 3 tahun, tak pernah terdetik utk pengganti cinta, bukan mudah. Aku tidak berminat lagi utk semua tu. Setiap kali aku balik ke rumah, mak sering tanya soal pasangan dan aku mampu senyum sinis cepat2 tukar topik. Kdang2 aku rasa malas nk balik sbb jemu nk hadap soalan yg aku sendiri tak ada jawapan. Kadang2. Mungkin salah aku juga dulu sbb terlalu awal temukan mak dgn gadis kenyalang. Kesungguhan aku dulu terlalu beriya2 dan akhirnya memakan diri. Takdir.


Aku lebih suka menyendiri, byk lena dari jaga sbb aku ingin hidup dalam dunia angan sendiri. Aku dah cakap, aku pathetic dan loser. Aku susah utk percaya kata cinta dari perempuan lain. Aku mula menyepi sendiri tanpa org sekeliling aku sedar perubahan aku. Aku masih ada sahabat dan keluarga. Keluarga akan stay selamanya tapi sahabat akan punya dunia mereka sendiri. Privacy.


Sudah jauh aku berjalan, sudah byk garam aku telan, perit juga menahan air mata dari menitis sbb aku tau aku masih kuat. Dan hari ini aku HAPPY dgn hidup aku. Syukur Alhamdulillah.


Hope she stop stalking on me, tak perlu tau perjalanan hidup aku. Dont wish me for happiness jika kau sendiri yg musnahkan dulu. Pergilah kau selamanya dan aku mohon jangan lah kembali. Do u know how i hard im trying to forget about u? Forget about your wise words? Denied every memories? Your promises? Your adorable smile, your eyes, and your voice. It hurt me alot . Maybe i'm not fit be your imam, not worthy with your standard, but at least i try never to hurt u. What happen before just misunderstanding between us and u never let me to explain it well. U keep saying that im too ego and u dont trust me at all. Well thanks for that. I wont bring it up anymore. Its done anyway.


Thanks

Monday, February 9, 2015

Break the Date


ASSALAMMUALAIKUM


Bismillah. Syukur Alhamdulillah aku masih lagi bernafas, jantung aku masih berdenyut normal, dan kadang2 kita mula sedar diri kita sudah makin hampir ke tarikh luput. Rahsianya entah bila. Tahun 2015 aku berusia 24 tahun. Ya, cepat masa berlalu, berlikunya perjalanan, berombaknya gelora perasaan yg tak mampu dikawal kadang kala. Tapi akhirnya, aku redha. Syukur. 


Pembukaan tahun 2015, setelah 2 tahun akhir hubungan kami, dia muncul kembali. 2 tahun berlalu. Aku tak pnh tipu diri aku, ya aku masih cintakan dia dan masih setia. Aku punya sebab utk setia pada dia. Setahun sblm aku pnh give up utk terus setia, aku cuba utk mulakan hidup baru dan hubungan baru bersama pasangan baru tapi hampa. Mmg benar, hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa. 3 bulan percubaan, perkataan sayang mula ditutur bibir kami yg baru terjatuh dalam bibik luahan perasaan dan hati tapi akhirnya aku sedar aku sedang tipu diri aku sndri. Peritnya lebih pedih dari yg pertama dan aku give up utk teruskan hubungan baru. Dan kembali setia pada yg sebelumnya. 


"Rieyna" nama panggilan si dia. Dialah gadis kenyalang yg aku cinta selepas cinta pertama. 2008, waktu mula luahan utk bersama. 2009 tergantung tanpa kata, dia hilang pada ketika kami terpisah oleh lautan. Cinta aku tergantung di tanah kenyalang dan aku berkelana di tanah Malaya. 2010 mula bertemu dalam talian, cinta aku masih setia dan kembali mekar. Indah mentari, tenang bulan malam tidak selamanya berputik. Dia masih muda utk faham persekitaran, terlalu mentah dlm memahami, dan aku terlalu ego utk mengaku. Terlalu byk perkara aku berdiam dan biarkan ianya berlalu. Tidak pernah kenal erti menolak daripada menerima walaupun ianya memakan diri sendri. Dan aku masih terus berdiam. Sifat aku begini. 

Sibuk aku dlm pelajaran disalah erti, namun syukur setia aku dia tak pernah diragui. Sedaya upaya aku mencuri masa utk diluangkan bersama dia walaupun sekadar dlm talian. Jujur, kami x pernah keluar bersama tapi hati dan perasaan aku tetap setia bersama dia. 3 tahun diploma di bumi Perak, kerap kali teman sekuliah bertanyakan aku tentang pasangan, aku lebih byk tersenyum dan berdiam. Mereka mengerti. Rindu aku terubat 2sekadar melihat foto wajah yg dikirimkan. Kami sering bertukar foto. Aku mampu berdoa dia selamat disana dan dilindungi. Aku masih bersyukur. 

2012. Kami masih bersama. Aku mula kerja pertama selepas bergelar graduan. Perjalanan kami byk dugaan dan bagi aku terlalu byk permintaan dari dia. Hingga satu tahap aku sendiri keliru dgn diri sendiri dan terlalu mengikut kehendak dia. Aku cuma mahukan dia happy dan senang bersama aku, tapi aku salah. Hinggalah pada satu hari, segalanya berakhir. Aku kaku, terdiam, dan aku cuma mampu melihat dia berlalu pergi tanpa aku menahan dia. Sehari sebelum ulang tahun kelahiranku, kami bersama meluangkan masa bersama, dan pada saat aku menghantar dia pulang, dia keluar dari kenderaan utk selamanya. Sumpah, aku sedih. Hanya Tuhan yg tahu tapi aku lemah. Aku biarkan semuanya berlalu dan aku cuma berdiam saja. Aku belum pernah punya pengalaman begini, dan ya aku buntu. Namun terlambat, semuanya berakhir. 

2012. Perjanjian 4 tahun. Selang beberapa purnama, kami kembali berhubung setelah 3 bulan sepi, tapi hubungan kami sudah berakhir. Kami mula luahkan dari hati ke hati. Kami berpisah atas dasar salah faham dan mmg salah aku yg selalu berdiam diri. Dia mula memberi aku peluang ke2. Maka termeterailah perjanjian 4 tahun. Dalam jangka masa tersebut, masing2 akan memperbaiki diri masing2 dan syaratnya telah ditetapkan. Walaupun agak berat sebelah, tapi aku masih bersyukur kerana aku masih punya harapan. Aku turuti dan akan setia. Itu yg aku janji, cuma satu. 

2015. Pembukaan tahun baru menjelma, aku dikejutkan dari teman si dia. Dia mencari aku dan meminta no phone aku. Kemudian kami mula berbual ditalian setelah 2 tahun berlalu. Itulah kali pertama dan terakhir sebenarnya. Pada mulanya kami rancak berbual, dari kisah kehidupan skrg, pengalaman baru, luahan perasaan hati ke hati dan akhir bualan, dia menyatakan bahawa perjanjian 4 tahun tersebut tidak lagi valid. She end up the date. Rindu aku belum puas terubat dgr suaranya, kemudian dia akhirkan semua harapan yg pnh dia berikan pada aku. Aku diam dan aku cuma mampu turuti. Tipulah aku tak sedih, 2 tahun aku setia, berharap dan menunggu tapi sebenarnya sia2. Aku redha dan tenang. Cuma aku berharap kali ini, biarlah aku yg pergi kerana aku akan janji yg aku pergi tak akan kembali. Aku tidak tinggalkan apa2 janji pada dia dan biarlah kita dihaluan masing2. Ya, aku sedih tanpa air mata. 


Rieyna. Dia seorang yg lucu, lemah lembut pertuturannya, berjiwa sensitif, mudah benar terguris, petahnya dia berkata2 kadang kala aku mati kata2, tidak pernah gagal buat aku tersenyum dgn telatahnya, dan dari perwatakannya aku mula jatuh cinta. Namun, dia mentah dlm memahami keadaan, punya ego yg dia tak pnh mengaku, dan aku masih cintakan dia. Aku sedar dan berfikir, cinta kami melengkapi kekurangan masing2. Tapi aku lupa bahawa jodoh itu rahsia. Aku lupa. 

Sekarang. Bukan niat aku menjaja kisah kita, tapi aku tidak punya ruang dan tempat utk aku benar2 luahkan. Pada yg Esa terlalu kerap hingga aku malu, seolah2 aku menidakkan takdirNya. Coretan aku utk kisah kita ini adalah yg terakhir aku bualkan, esok, lusa dan akan datang tidak akan ada lagi nama dia. Aku cuba. Jangan risau.


Semoga dikau selamat disana, berbahagialah dikau bersama insan yg benar2 kau idamkan dan mampu. Aku doakan. Terima kasih utk cinta yg pernah hadir. Ini terakhir dan benar2 akhir. Usah khuatir dan peduli, aku baik2. Senyum aku masih terukir walau kau sudah tiada, hati aku masih tenang walau bukan kau yg aku akan rindu, tawa aku akan terngiang2 walau bukan kau lagi yang mengusik, dan semuanya benar. 



SELAMAT TINGGAL, GADIS KENYALANG.

Saturday, April 20, 2013

Sahabat yang telah PULANG

BISMILLAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

Rabu, 17/4/2013

Gua perati je jam dah pkul 11.30 pagi, kerja gua suma dah settle dan tiba masa untuk gua berehat walaupun sepatutnya waktu lunch kat site gua pkul 12 tghari. Macam biasa, gua yang acah2 lagak boss kat site ni, sukahati gua nk rehat pkul berapa sbb yang gua tau kerja gua semua dah settle. Jadi apa lagi tunggu, ayuh movie time. kah3 

Si man ni dari tadi asyik dok depan P.C opis ni, dengan kuasa vito yg gua ada, gua halau si man ni ketepi ckit. Tiba masa untuk gua konker P.C ni. Gua nk layan cite Rock ooo rimba bara kembali. Seperti biasa, layan kat Youtube jela. haha Kebetulan pulak sub gua si Ali ni ada kt opis ni, mmg x jadi la semua keje. Ali a.k.a Fadhli ni sub-contarctor kt site gua ni. Ali amik sub buat longkang dan keje2 kecik jer dan dia ni anak buah Projek Manager aku. ahh! demmit. Kroni oh kroni. Bangsat apa? Ali ni umur atas aku 2 tahun je dan budak merlimau, melaka. Macam hawau. kah3

Sejak 2 3 menjak ni gua rasa kuat sangat nak balik perak, kampung gua. Sejak arwah atok gua meninggal, jarang betei gua balik kamunting jengguk2 opah gua. Gua dh rancang awal bulan 5 ni nk balik kampung. Dah lama betei gua x g mkn cendol kt tepeng tuh. Kedai kat pokok besar tuh. Ngidam pulak gua rasa ngn mee mamak, popia basah bawah fajar lama tu. peerrgghh.. dan salah satu sebab gua nk layan cite Rock ooo sbb cite ni kt tepeng. tempat gua dilahirkan. Selamanya gua anak Perak, Don't Mess with The Yobs la bai. keh3

kring kring kring...

gua perati bb gua ni xda pulak call masuk. sapa punya fon la ni yg bingit2 time gua tgh layan movie ni? kalo dalam panggung ni mmg bole bawak bergaduh, serius! 

"ziq, tab kau ni ada org call. angkat la" si man tiba sound gua. siak betei gua terlupa tu bunyi dari tab gua. 

gua perati tab gua tu si ady call gua. Aik, pahal tiba2 call no digi gua? selalu call celcom gua. Gua pakai no digi kt tab sebab plan internet digi murah gampang. Tapi, pasai pa call? selalu da pa2 roger2 kt bbm jer. Cilakak betei gua dh rasa lain mcm lak feeling ni. 

"halo, assalammualaikum di, haa, asal? 
"ziq, Syuk town planning dh meninggal." salam gua x berjawab terus dia straight to the point.
"innalillah...... bile? " gua terus terbayang wajah arwah. Walau x banyak kenangan dan x rapat sgt dgn arwah tapi arwah dan kami pernah lepak bersama lebih2 lagi semasa gua praktikal kat Ipoh dulu. 

...................................................................................................................................

"wei Di, arini cite K.L gangster dh kuar. Ate moh la kite." bosan doh x da apa nk buat ni. Asyik melepak kat dataran ipoh jer. 
"ok gak tu. ajak azam ngn syuk ah. jap aku call azam" ady belek-belek contact fon terus call azam. 

Gua dengan bingkas terus gi bersiap2. Gua tengok thriller K.L gangster ni mcm gempak je. Tak sabar pulak gua rasa ni. Lagipun ni 1st time gua lepak ngn azam ngn syuk. Azam dan Syuk ex-housemate ady member baik gua. Dulu gua selalu lepak kt umh dak2 ni. Ada sorang lagi member gua si Hariz ni dak housemate dorang gak. Dalam umh tu gua rapat ngn ady dan hariz tp ngn dak lain2 ni kenal la. Bertegur, sembang2 gak bila terjumpa kt fak di UiTM Seri Iskandar, Perak. Kitaorg ni student UiTM Perak. Azam, Syuk dan Hariz ni amik kursus Dip TownPlanning, gua ngn ady amik kursus Dip Bangunan. Gua kebetulan pulak praktikal kt Ipoh tapi company lain2, sma ngn ady ni. Mmg dok serumah la jawabnyer. Azam ngn Syuk dok umah lain. Hariz praktikal kat tempat lain. 

Gua paling awal bersiap tapi gua bole bersiap lagi awal dari arini kalo gua malas nk mandi malam sbb ptg gua dh mandi. haha Lagipun gua selalu mandi tengah malam. Menunggu si ady ni bersiap mmg selalu bole bergaduh siak. Lembap betei dak ni bersiap. ceehh! Gua nk kuar ni seperti biasa la mesti kasi laporan kt awek gua. Malas betei gua nk menaip2 text ngn awek gua ni. Alasan yang femes, ''Sayang, sy dh ngantok ni. Letih kemas umh siang td. Sy tido dulu ye. syg jgn tido lambat okay. Cuci kaki sebelum tido. Love u and sweetdream ;) '' SENT. Gua tipu sunat jer. kalo gua bgtau nk kuar melepak, pergghh x larat gua jawab tiap2 soalan minah ni. Keluar ngn siapa? g mana? naik apa? ada ppuan lain x? dah mkn? bla bla blaa...
 treet trett.. ada pesanan ringkas masuk ni, OPEN TEXT, "okay syg, sy jap lg tido. nk membaca jap :). mimpikan sy tau syg. Love u more" gua kdang2 dpt text mcm ni rsa nk tergelak pun ada. "mimpikan sy tau" pppfffft gua tido mati! kah3 

"ziq, jom gerak" aik, cepat pulak dia ni bersiap. Jap2, wangi betei mamat ni. kah3
"jom!" 

Gua capai helmet ms bertinted gelap gua ni, kunci moto sepai gua. Ni lah sepai gua, moto lejen bai. Padahal gua baru beli masa awl praktikal ritu. Ady gerak pkai moto wave 125 dia. Gua ada lesen L jer. Mak gua dulu x kasi gua naik moto. Malu pulak gua rasa tampal L kt sepai ni. 

********

"Assalammualaikum, Azam... Syukk.. Assalammualaikum.." ady ni dh mcm nk ajak gaduh pun ada bagi salam. 
"Waalaikumsalam. weii, masuk laa." Azam terjegat depan pintu umah mempelawa gua ngn ady masuk.
"Ate moh ler, K.L gangster jom. haha" gua dh x sabar ni. 
"jom, gerak naik kereta aku laa" Syuk mempelawa. 
"untung laa ada kereta" gua membahan syukk. hahah masing2 ketawa mengekek. 

Pilihan menonton wayang paling dekat 1 je, kt Ipoh Parade. Ramai pulak manusia2 kt mall ni. serabot pulak gua nengok natang nih. Azam terus g beli tiket pas minta duit tong2 masing2. Seat yg azam ni pilih mmg baik gak. Dok belakang 1 baris sebelum couple seat. Sebelum tu masing2 beli popcorn ngn air. Bila melangkah masuk jer, perrgghh, ramainya manusia2 yang acah2 gangster. Suma abg2 long bai. kah3. Gua rasa masa iklan sebelum cite ni mula, popcorn gua dh abis nih. Gua lapar ni. 

Gua tengok cite K.L gangster ni kelakar je memanjang. Si jai ni asyik dok kepit rokok kt bibir, x bakar pun. Si ajib dgn gaya dia, si zizan ngn acah2 abg long dil yg banggang, malik yg bajet2 taiko besar. haha Tapi gua kagum ngn cite ni sbb xda unsur percintaan. kalo x, geli siak gua nk layan cite ni sbb hang out tgk wayang ngn membe2 laki. 

"Oi, cilaka apa cite wayang ni sekat-sekat?" gua rsa meradang pulak tetiba tengah layan baekk cite ni sekat-sekat.
"wei, kami bayar tiket" , "ooooooiiiiiii....." , "kami nk duit kami balik...'' tetiba bingit satu panggung dek xpuas hati ngn services panggung wayang ni. Gua ngn dak2 ni dh terbahak2 mengekek. Macam gampang betei! 
Kelam kabut la technician tu gi betulkan keadaan. hahaha tapi tak abis ngn cite sangkut2, dalam panggung ni tetiba terang benderang pulak. Siak betei panggung ni, Ada jer bnda yg x kena. Technician ni pun banggang gak, dah kuar masuk dlm panggung xreti nk katup pintu tu. Suasana panggung ni kembali binggit. kah3. Barai betei gua rasa ni. Baaraaaaiiiiiii..........

"Bole tahan la cite ni. Eh, sial la jaii..." ady bersuara pas keluar dari panggung yg banggang ni. kah3
"Ate, mana pas ni? Jom g mkn dulu." azam pulak bersuara bg rancangan.
"Jom ah, aku dh kebulor sangat2 nih" gua dr td menahan lapar ni. Dari td krook krook bunyi perut gua.
"Jomm..." Syuk mengikut rancangan azam. Dari apa yang aku tengok si syuk ni, dia ni kurang bercakap. Tapi bila lepak kalo berborak, layan gak la. Tapi bg aku, dia ni pendiam skit. Cakap bila perlu. Tak mcm gua yang huru hara ckit. ceehh, chhoooiii! haha

Syuk ngn Azam ni nk rekomen kt gua ngn ady tempat yg selalu dorang lepak. Gerai makan kt area KTM Ipoh, dekat sblh jejantas pejalan kaki. 
"kak, order.. order." tahap kebulor gua dh memuncak bila gua tgk ada ayam goreng tergantung kt kdai mkn ni. Terliur pulak gua.
"minum apa? akak ni datang amik order
"teh o ais"
"teh tarik"
"kopi ais"
"teh o limau suam"
"makan?" akak ni bertanya lagi. Nak amik order.
"makan apa yg ada? yg sedap apa?" gua tanya sebab akak ni x bg menu pun. Mai datang amik order. Dah la ni 1st time gua datang. Syuk ngn Azam mungkin la dh tau menu kdai ni. 
"goreng2 ada, nasi ayam, sup2 ada, macam2 ada" aik, akak ni dh mcm astro pun ada gua nengok. 
"kasi nasi goreng ayam jela kak" gua org pertama yg order. Kalo 1st order, gua dapat makan dulu. ceehh! hahaha
"Nasi goreng pattaya satu"
"Kuey Tiau goreng satu kak"
"sama lah, nasi goreng ayam" ady, syuk dan azam order.

Gua perati jam dh pkul 3 pgi ni. Dari pas abis tengok wayang midnight td, sampai skrg dok melepak lagi ni. Mcm2 bnda diborak, pasal pengalaman masa praktikal sampai dh xsedar dh pkul 3 setengah pagi. Gua bukan apa, jap lg nk balik umh gua naik moto. Sejuk bai.Terlupa pulak gua nk bawa sweater td. Cuak gak nk balik umh sebab kawasan umh gua tu kawasan mat rempit melepak, merempit, dah mcm ada pasar malam. 
"kak, kira kak. " ady panggil akak kedai ni kira.
"nak kira sekali atau asing?" akak ni tnya dulu sebelum dia tekan kalkulator dia.
"Asing2" serentak kitaorg jawab. Maklumlah, masing2 praktikal je. Masih pkai student kad lagi. hahaha akak ni pun tersenyum jer.
"kak, ni tutup pkul brapa? gua sangsi sebab dah pkul 3 kedai ni x tutup lagi. Nak kata 24 jam, gua x nmpk pun signboard 24 jam.
"nak tutup la ni, tnggu korang suma balik" akak tu ckp seoalah2 mcm perli kitaorg. Masing2 dah tersengeh2 tgk akak ni.

Syuk terus memacu kereta Proton Saga kaler biru gelap selepas kami masuk dalam perut kereta ni. Terus balik, gua tengok masing2 dah senyap. Keletihan dan mengantok mungkin. Tambah pulak dengan air-cond kereta syuk ni, radio yg sayup2 mendendangkan lagu rentak balada. Gua rasa seperti dibuai tapi gua okay, gua segar lagi. kah3.

"Thanks syuk, azam. Nanti lepak2 lagi. Kalo ko x balik kampung weekend, roger2 laa.. aku ngn haziq ada jer kt sni." ady mula mengatur ayat untuk meminta diri.
"okay la, aku gerak dulu. Pa2 hal roger2 jer." Gua dh ngantok sebenarnya ni. Gua ulang ayat ady je.
"Okay2, wei, hati2 bawa moto tu." Azam bersuara lemau.
"Assalammualaikum.. gerak dulu" gua ngn ady serentak memberi salam meminta diri.
Vroomm, vrooomm.. moto gua ngn ady bergerak meninggalkan rumah sewa Azam ngn Syuk.

...................................................................................................................................

Kenangan lama tetiba bermain2 dalam kotak fikiran gua. Gua tau, dia kawan yang gua kenal dan pernah lepak. Rasa kehilangan itu gua rasa samar2 tapi penuh dengan rasa terkilan. Beberapa hari lalu, gua terbaca dalam FB gua yg arwah masuk wad hospital sebab syak demam denggi. Xsilap gua seminggu gak awah kat wad. Gua nk g melawat tp gua keje jauh dr hospital dia. Gua tau arwah keje kat K.L dan selalu lepak ngn Hariz dan Azam kat s.alam. Gua baru cadang nk g melawat dia hujung bulan ni, tapi arwah dh discharge awal. Mungkin ajak dak2 hariz, azam dan ady lepak2 ngn arwah. Tapi, sekarang gua rasa terkilan sebab x sempat jumpa arwah. Gua dh pasang niat pun. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia.

"dia meninggal kt mna? gua minta kepastian kt ady.
"jenazah dh bawa balik kg. gajah. kat Perak. Pagi td kot. Jom g ziq. Aku xda transport nk g sana." 
"dak2 hariz ngn azam? dh gerak?" gua teringat kat hariz ngn azam sbb dorang sekelas masa diploma dulu ngn arwah.
"dorang dh gerak td. Hariz call kau pg td, tp kau x angkat. nak g x ziq? kalo x, aku gerak sorang pinjam kreta zarip" 
"time tu aku tgh mandi kot. kalo gerak skrg sempat x ni? tanam pkul brpa? 
"sempat kot. mungkin tanam pas asar. skrg pkul 12 suku. kau nk gerak amik aku dulu kat s.alam."
"jap, nnt aku roger2 kau balik"

Bingkas gua berlari naik atas bilik gua, capai 2 helai baju, selai seluar masukkan dalam beg galas gua. Barang2 keperluan lain, travel kit gua, senaskah buku bacaan yaasin dan tahlil dan songkok. Tak sampai 5 minit, gua terus hidupkan enjin kereta cooper gua ni, masukkan barang2 dalam kereta.

"man, aku balik dulu. aku nk gerak Perak. Ada hal. Tolong coverkan aku. Kalo sapa2 call, pandai2 la ko cover" 
"okay2 ziq, hati2 drive. kau da hal apa smpai tergesa2 nk balik Perak ni? man bertanya pas tengok kelibat gua yg kelam kabut.

Gua endah tak endah ngn soalan man, gua pakai kasut dan berdiri depan pintu tengok2 kalo ada barang2 penting yang tertinggal. Lalu gua pandang kat man tanpa pedulikan dgn si Ali yang leka tengok cite Rock ooo, "kawan aku..., kat perak..., dah meninggal..." tetiba lak gua rasa sayu nk jawab soalan man td. Tanpa buang masa, gua terus memacu kereta gua ke highway. 

"PING!!!" gua bbm ady.
"chor, aku otw ni"
"okay, agak2 pkul brapa sampai?
"Pkul 2 lebih kot"
"okay matt, aty2"


********

"chor, aku mcm xpercaya" baru sebelah kaki ady masuk dalam kereta, gua terus bersuara.
"aku pun x sangka, pkul 11 hariz call aku bgtau syuk dan meninggal" ady pun seperti aku seolah2 belum dapat kepastian.

Sepanjang perjalanan gua ngn ady, byk bnda dibualkan. Dari politik, sukan bola sepak, perancangan masa depan, bisness, kenalan2 lama, kisah2 lama, kisah peribadi masing dan byk lagi. Sampai je di langkap, Perak, mata gua terpandang tepat signboard kg. Gajah. Gua rasa semakin dekat perjalanan kami tetapi jam telah menunjukkan pukul 6 lebih. Ady cuba call hariz tapi gagal. Call azam begitu juga. gagal dihubungi.
Tiba2, hariz call ady dan bgtau upacara pengebumian arwah sudah selesai. Alhamdulillah. Tetapi gua terkilan sebab tidak sempat. Ady bertanyakan lokasi tanah kubur tempat arwah disemadikan.

Jam dah pukul 6.30 ptg dan gua ngn ady berada betul2 depan pusara arwah. Tanah yg masih lembap dan basah dipenuhi dengan potongan helaian daun pandan. Sah, inilah kubur arwah. Gua ngn ady terus membaca ayat suci al-quran, Yaasin unuk kali terakhir sampaikan kepada arwah. Gua tetiba sebak pulak baca surah yaasin ni, byk bnda yg bermain2 di fikiran gua. Kehidupan di akhirat sana. Hari semakin gelap. Semakin kepenghujung surah ini dibaca, nafas gua jadi semakin sesak dan sebak. sekejap2 gua cangkung, sekejap2 gua berdiri semasa membaca yaasin ni. Gua cuba untuk tenang dan bernafas. Suara bacaan ayat-ayat suci Al-Quran mula berkumandang dicorong2 pembesar suara di surau2 berhampiran dan suasana kian gelap. Tiada lagi kelibat bentuk matahari pada langit, cuma samar2 bayangan cahaya matahari dibalik gelap malam. Selesai sudah tahlil ringkas, gua terlupa utk bawa air utk disiramkan di atas pusara arwah. Keliling kubur gua ngn ady mencari pili air, tapi hampa tidak jumpa. Azan Maghrib akan berkumandang dalam masa beberapa minit lagi.

"Assalammualaikum Syuk, kami balik dulu yeaa..."
 ketika ini hati gua benar2 sayu untuk melangkah pergi seoalah2 rasa janggal menutur kata meminta diri hanya pada pusara bukan pada jasad yg bernyawa sepertimana pernah aku lihat dulu. Dalam hati gua berkata, 'semoga kau tenang disana dan bersama mereka yang beriman, aku doakan....' lalu gua dan ady berjalan pergi ke kereta dan sekali menoleh ke pusara untuk kali terakhir. Gua dan ady masing2 diam tak berkata dalam kereta sehingga sampai ke Masjid untuk solat Maghrib...

Al-Fatihah...
Dalam kenangan, Syukri Hatim.


.............................................................BERSAMBUNG...........................................................





Monday, February 4, 2013

Leteran yang pertama dari org tua yang bergelar boss

ASSALAMMUALAIKUM
Alhamdulillah ke hadrat illahi kerana aku masih lagi bernafas dan dikurniakan nikmat dariNya yang sementara. 

Pagi tadi adalah hari pertama aku kerja di site tangkak,johor. Hari ni merupakan hari yang sangat panjang bertemankan hujan dari awal pagi hingga lewat petang. Secara mengejut, boss aku as project manager datang melawat site dan ketika itulah aku dan assistant aku kena leter. Tapi syukur, leteran itu adalah untuk membina mutu kerja kami. Terima seadanya. Thanks boss sebab belanja lunch dan tilam ni keh3. ;)

Dari petang sampai sekarang aku dan si man ni a.k.a assistant aku dok ngadap drawing, report, draft, bla bla bla... banyak benda nk kena planning, arrange, order supply, dan mcm2 lgi. Serabot gile otak aku ngn si man ni. Walaupun aku baru kenal man, tapi mcm2 cerita dah dibualkan. Sempoi gak org nyer. Btw, dia muda dr aku. Baru 20 tahun kot and aku 22. Haha ;)


Working



Inilah tempat tinggal yang sepanjang projek berjalan dalam kontrak, dan juga office aku. Atas bilik untuk tempat tinggal dan bawah site office. 24/6 is my working hours. Hahaha its fun actually. ;) ahad cuti lerr.. 

sekarang adalah masa untuk aku berehat dan esok pasti adalah hari yang padat dan adventures. Hehe ;) so guys, take care. Selamat malam dan mimpi la gula2 kapas yea. Lol.. keh3. Adiioooossss. ;P

Saturday, February 2, 2013

sepetang kerja sabtu hari

ASSALAMMUALAIKUM DARI JENERAL

Salam petang, ditemani 2 botol air coke, mild7 charcoal dan cricket nylon hitam, melepak aku kt kedai azhar maju dataran senawang. Keletihan, panas, dan aku rsa nk baring jer ni. haha

Sabtu bagi aku adalah hari bekerja. Walaupun smpai pkul 1.30 ptg pun, tapi hari SABTU kot. Haha hari kebiasaan aku menghabiskan waktu pagi tnpa melihat matahari naik dan hnya ingin berjumpa ptg dan mlm. Phm2 jela mksd aku. Keh3 ;) 

Hari ni aku blik keje agak lmbt ckit, pkul 2 ptg sbb aku kena tolong brader opis tu buat B.Q dia. Tender tu nk kena anta selasa ni, tu yg gelabah suruh aku tolong. Lgpun aku xda kje nk buat, so aku pun busy kn diri dgn keje org lain. Dh mcm budak praktikal dia layan aku. Hahaha lol

Alhamdulillah tghari td aku kena game ngn member baik aku sndri. Dia suruh aku lepak kt umh dia sbb dia ckp fmly dia xda. Masa nk masuk jer kwsan umh dia, aku nmpk bapa dia kuar nek moto nk g kdai. aku masuk jer umh, mak dia dh hidang makanan tghari smbut aku dtg ajak lunch. Aduuss segan gile aku, walaupun aku knl fmly dorang, tp segan la dtg lunch umh org. Haha seriusly, ikan bakar td mmg sedap.Mak dia ckp simple jer, tp mmg sdap. Terbaekk. Alhamdulillah rezeki. :D

Jam dh pkul 3.45pm, aku pun gerak balik umh tp akuu singgah jap senawang. Laptop member aku rosak, aku nk g tolong anta kt kedai dulu. Then hasil eyh, kena tnggu sejam dan aku skrg tgh dok melepak kat mamak ni. Kdai ni bole lak pasang lagu industan. Haha aku rsa mcm nk menari2 jer ni hah. Lol =)

Air coke ni dh 2 botol aku minum, dh naik lemas dlm kepulan2 asap ni, mana cina technician ni. Xcall lg. Dh siap ker belum? Aku nk dtg amik esok laptop ni tp xnak lak dia ni. Hampeh tul la. ke td aku salah bg no fon aku? #eh? Haha jam dh nk pkul 6 ptg ni, aku dgn pkaian office dok lepak lg kt mamak ni. Heran mata2 yg memandang. Huhu 

Aku sebenarnya malas nk update story panjang2 tp hakikatnya aku tgh bosan ni. Hahaha layankan jela. At least x terasa sgt aku dok menunggu ni. 

 Tapi, tapi, tapi... aku ada berita baik gak la nk habaq mai nih, isnin ni aku akn transfer ke tangkak, johor. Wow! Terbaeek. Hope Allah akan sentiasa melindungi aku dgn hidayah, rahmat dan rezeki dariNYA. Amiiinnnn. ;) aku mmg suka travel kalo bole lg jauh utk aku buka segala mata dan luas pemikiran aku dlm mengenal kehidupan dan diri sendri. 

Isnin ni officially, JOHOR AKU DATANG. Kah3. Poyo, poyo, poyo. Haha 

Weii, aku nk end story aku smpai takat ni jela. Aku nk layan lagu industan ni jap. Makin lama, makin rancak lagu ni. Joget yuk! Haha take care guys. Ada masa aku story lg. Adiioosss! 

Sunday, October 21, 2012

Malaysian 1Citizen program.


ASSALAMMUALAIKUM




Salam 1 Malaysia. Entry kali ni aku nak post hasil kerja aku masa program 1Citizen. 

Firstly, 1Citizen ni satu program yang dijalankan pada setiap University kat Malaysia ni dan setahu aku program ni wajib semua pelajar amik. So, aku tidak terkecuali dan inilah hasil aku. 

Program ni mengajar kita pasal networking. whats we should do and shouldnt do with networking. Ringkasan, salah guna internet untuk tujuan lain, peribadi or semasa proses pembelajaran dan etika semasa surf internet. selain tu ada gak cara-cara untuk mengelak kesan kepada physical effect kalau suft internet terlalu lama. so banyak lagi and berfaedah juga kepada kita yang 'addicted' kepada internet. betul x? tanya diri sendiri. ada juga cara mcm mana nak protect private identity daripada diceroboh dan di'hack'. pasal kad kredit la. mcm-macam lagi. its more about protection ourself la. 

So, setiap yang berdaftar untuk program ni akan diberi satu projek known as 'portfolio'. 'Portfolio' ini ada banyak pilihan dan kategori dan terpulang kepada kretiviti masing-masing untuk memilih tajuk dan menghasilkannya. Individu or Group. Antaranya ialah, poster, video, animasi, banner, cerpen, slide show, painting, and banyak lagi. Ikut kretiviti korang la. tapi kalo setakat buat poster, banner, cerpen dan painting tu memang tak boleh dalam group sebab medium macam tu tak perlukan sebuah group pun. :) 

Setelah seminggu aku bertungkus-lumus, so inilah hasilnya. setiap perinciaan dalam video animasi ni, setiap carton tersebut aku draw sendiri pakai paint dan edit ckit. Ini pun aku dah malas nak buat so alang-alang dah buat, aku buat jela sampai habis even aku submit lambat sehari. 

Guys, just enjoy it and i hope you all like it. :)


Tajuk : Story Of Stalker
 Typical Malaysian using smartphone 
Faith or Destiny?
credit to : Psy, Oppa Gangnam Style (Audio, edit), 1Citizen logo


p/s : Video animasi ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Bahkan tidak ada kaitan dengan individu atau sesebuah organisai tertentu. Tujuan adalah untuk memberi pengajaran, peringatan kepada mereka yang terasa demi kebaikan kita bersama. Tapi semuanya adalah TAKDIR dan KETENTUAN ILLAHI. Wallahualam... :) 

Saturday, February 25, 2012

Miranda Rights

Assalamualaikum~


kalau korang perasaan dalam filem Amerika, mesti korang pernah dengar polis yang menangkap penjahat dan sebut dialog yang berbunyi "Anda mempunyai hak untuk berdiam diri. Apa sahaja yang anda katakan boleh digunakan terhadap anda di mahkamah undang-undang". Kebiasaannya dalam cerita CSI kat channel astro AXN. 


Merujuk ayat diatas adalah bagian dari apa yang dikenal dalam hukum Amerika sebagai "Miranda Rights" atau Hak-Hak Miranda, yang dikeluarkan oleh Mahkamah Agung dalam sebuah keputusannya pada tahun 1966. kisah sebenarnya ialah Istilah "Miranda Rights" diambil dari nama Ernesto Miranda, seorang laki-laki berumur 23 tahun yang ditangkap polis di Phoenix atas tuduhan memperkosa seorang perempuan pada tahun 1963. Ketika diperiksa polis, Ernesto Miranda mula-mula mengatakan tidak bersalah, tapi kemudian memberikan pengakuan tertulis bahwa dialah pelakunya. Waktu itu polis tidak memberi tahu Miranda bahwa dia punya hak untuk tidak membuat pernyataan yang akan memberatkan dirinya, dan bahwa dia punya hak untuk didampingi seorang pengacara/peguam. Setelah pengadilan menjatuhkan hukuman, Ernesto Miranda mengatakan hak-haknya yang dijamin oleh Undang-undang Dasar telah dilanggar, sehingga Mahkamah Agung memutuskan pada tahun 1966, semua pesalah yang ditangkap polis harus diberi tahu tentang hak-hak yang dimilikinya, dan sejak itulah muncul istilah Miranda Rights.


Petikan fakta-fakta di atas di ambil dari http://www.voa.gov yang telah disiarkan di VOA pada tanggal 9 April 2000.

Sebab tu korang dengar lagu Malique Feat Jamal dalam lirik tersebut ada menyatakan 
"guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara, kalau terpelajar sila guna hak MIRANDA" atau dikenali sebagai Miranda Rights. Kat Malaysia kita tak pasti sama ada Miranda Rights ni wujud atau tidak. 


Kalau korang nak tau lebih info tentang Miranda Rights, sila search dalam internet ye ye. Maklumat dihujung jari.